Saturday, May 10, 2014
Hijrah Diri
10 tanda orang berhijrah diri (Taubat)
1. Tidak menceritakan atau menghebahkan apa yang dia buat sebelum dia menghijrahkan diri seolah-olah dia tidak membanggakan diri dengan usaha penghijrahan diri. Cukuplah sekadar diam kerana kita tidak mahu membuka keaiban lama dahulu.
2. Apabila dia berhijrah, dia tidak akan kembali dengan orang-orang yang pernah dia merasakan diri dia akan kembali kepada tabiat lama.
3. Dia tidak akan mengganggap diri dia adalah terbaik. Dia tidak akan mengutuk, mengeji dan mempertikaikan orang-orang lain yang membuat maksiat. Cukuplah sekadar berdoa dengan ayat 6 Al-Fatihah agar sentiasa berada di jalan yang lurus.
4. Dia tidak akan pergi ke tempat-tempat yang pernah menyesatkan dirinya suatu ketika dahulu.
5. Dia mesti menuntut ilmu Allah S.W.T. Pergi ke surau/masjid untuk mendengar kuliah Maghrib menuntut ilmu untuk menutupi kejahilan yang pernah dia lalui sebelum dia berhijrah.
6. Menyesali bersungguh-sungguh dengan dosa-dosa yang pernah dibuat.
7. Mesti beramal ibadat. Qada' perkara-perkara wajib yang pernah ditinggalkan. Kalau pernah berhutang hendaklah dilangsaikan. Meminta maaf dengan orang-orang yang pernah dizalimi, dicerca dan disakiti.
8. Selalu meminta ampun daripada Allah. Sentiasa beristighfar, zikrullah dan istiqamah pada dirinya dosa dalam dirinya begitu banyak dan mohon keampunan dosa-dosa silamnya diterima.
9. Menyintai sesama orang Islam. Hidup dalam keadaan berkasih sayang.
10. Orang-orang yang bertaubat hendaklah melakukan ibadat kerana Allah S.W.T. Penghijrahan kerana Allah S.W.T.
Sumber:
Ustaz Kazim Elias.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment