Hasbunallah Wani'mal Wakil
Saturday, May 10, 2014
Hijrah Diri
10 tanda orang berhijrah diri (Taubat)
1. Tidak menceritakan atau menghebahkan apa yang dia buat sebelum dia menghijrahkan diri seolah-olah dia tidak membanggakan diri dengan usaha penghijrahan diri. Cukuplah sekadar diam kerana kita tidak mahu membuka keaiban lama dahulu.
2. Apabila dia berhijrah, dia tidak akan kembali dengan orang-orang yang pernah dia merasakan diri dia akan kembali kepada tabiat lama.
3. Dia tidak akan mengganggap diri dia adalah terbaik. Dia tidak akan mengutuk, mengeji dan mempertikaikan orang-orang lain yang membuat maksiat. Cukuplah sekadar berdoa dengan ayat 6 Al-Fatihah agar sentiasa berada di jalan yang lurus.
4. Dia tidak akan pergi ke tempat-tempat yang pernah menyesatkan dirinya suatu ketika dahulu.
5. Dia mesti menuntut ilmu Allah S.W.T. Pergi ke surau/masjid untuk mendengar kuliah Maghrib menuntut ilmu untuk menutupi kejahilan yang pernah dia lalui sebelum dia berhijrah.
6. Menyesali bersungguh-sungguh dengan dosa-dosa yang pernah dibuat.
7. Mesti beramal ibadat. Qada' perkara-perkara wajib yang pernah ditinggalkan. Kalau pernah berhutang hendaklah dilangsaikan. Meminta maaf dengan orang-orang yang pernah dizalimi, dicerca dan disakiti.
8. Selalu meminta ampun daripada Allah. Sentiasa beristighfar, zikrullah dan istiqamah pada dirinya dosa dalam dirinya begitu banyak dan mohon keampunan dosa-dosa silamnya diterima.
9. Menyintai sesama orang Islam. Hidup dalam keadaan berkasih sayang.
10. Orang-orang yang bertaubat hendaklah melakukan ibadat kerana Allah S.W.T. Penghijrahan kerana Allah S.W.T.
Sumber:
Ustaz Kazim Elias.
Wednesday, May 7, 2014
Biarkan hilang..
Biarkan hilang harapan itu...
Agar aku lebih mudah untuk bernafas di waktu malam,
Biarkan hilang harapan itu...
Agar aku boleh berfikir dengan lebih mendalam,
Biarkan hilang harapan itu..
Agar aku tidak tenggelam,
Biarkan hilang..
Kerana harapan itu,
Satu penyamaran godaan syaitan yang membisik ke hati
Mengindahkan sesuatu yang keji
Biarkan hilang..
Kerana harapan itu,
Telah menipu neraca pertimbangan ku,
Mengaburi akal ku dan melemahkan saraf ku
Biarkan hilang..
Kerana hati ini hati ku, bila hati ini sakit, maka sakitlah seluruh tubuh ku,seluruh jiwa ku
Ya Allah,
Biarkan hilang..
Kerana dari aku menagih harapan palsu, lebih baik aku menagih mengharapkan redha Mu, Pencipta ku, kerana Engkau lebih dekat di hati ku
Inilah doa ku,
Ya Allah, Ya Tuhan ku..

Doa Tahajjud
Bangunlah di tengah malam untuk bermunajat merintih kepadaNya..
Pohonlah kasih sayangNya agar selamat dunia dan akhirat.
http://muzir.wordpress.com/2011/03/03/janganlah-engkau-serahkan-aku-kepada-diriku-sendiri/
Pohonlah kasih sayangNya agar selamat dunia dan akhirat.
http://muzir.wordpress.com/2011/03/03/janganlah-engkau-serahkan-aku-kepada-diriku-sendiri/
Subscribe to:
Comments (Atom)